So sejak bulan may itulah aku dengan si N ni, lepas 2 bulan, dia start tegur aku 5/5 dekat insta. dia dm aku dulu. masa tu aku tgh takde kelas. sebab masa tu aku baru jadi guru sandaran kat skolah sendiri haha. so masa tulah aku melayan dia sebab aku rasa aku mmg dah besar dan aku percaya dia. kenapa aku boleh percaya dia? sebab dia tua 4tahun dari aku. so aku harap dia dah matang sebab katanya dia nak serious in relationship. so 8/5 couple. but at the end, for short. lepas beberapa bulan. 15 julai aku dengan dia dah takda pape sebab dia curang lah. terkantoi or dia sengaja kantoikan kat status whatsapp dia sendiri, dia screenshot dengan wallpaper ad gambar perempuan lain. bila ditanya katanya Mira Filzah sebelum jadi artis. sebab muke tak nampak dlm screenshot tu sbb ade converstion yg menutup muke perempuan tu. niat dia nak screenshot ape riaksi bla bla bla tentang diri sendri. sbb time tu famous la "post this on your story and let people reply their first impression of you. Post their respone with their hidden name". So dia ade post kat ig and status whatsapp. Nak kata dia sengaja or tak itu aku tak kisah sebab hati aku mmg da tawar. sebab dia kata nak serious relatiobship. Then bila suruh jumpe parents dia sendiri suruh aku ckp kat parents aku yg dia nak datang rumah. So aku pun bagi la tahu and parents aku just kata kawan je. But aku da ckp perlu ke tanya? sebab aku kenal parents aku and all parents kat luar tu if someone dtg rumah takan diorang nak halang right? So aku suruh dia dtg without telling my parents dia mcm marah balik suruh bagi tahu. so at the end lps mcmtu dia mcm buat bodoh je. Aku baru buka hati aku balik untuk someone but ini yang aku dapat. Bertahun single. Almost 4 and half years aku rawat luka aku ni sebab bila bagi peluang tak pernah nak hargai. So lepas aku brakeup dgn si N. Dia dtg cari aku sampai sekarang. I said no More. bukan dia je yang mintak getback. First love aku pun sama tapi bulan april. but mmg aku tak nak utk yang kali ketiga lah. Aku tulis semua ni supaya nanti kalau aku lupe aku boleh ingat balik :)
So at the same day, masa ex aku si N ni buat perangai malam tu yg dia update status ws dia tu. Sebelum tu lepas maghrib tu aku pergi la open house rumah Amin. pergi dengan ex dia which is kawan aku. bersama dengan bf baru kwn aku ni inshaAllah bakal suami dia dengan adik lelaki aku and adik kwn aku yg perempuan sekali ikot. Aku sekelas dgn kwn aku and adik2 kitorang pun sekelas. So aku dgn kwn aku ni ngam lah. So aku perasan sesuatu yang aneh sebab Amin tiba-tiba je nak bergambar berdua dengan aku lol. Perasaan apakah ini? Aku segan gila but aku on jelah. Dah la amik gambar berdua kat open house wey. Kau bayangkanlah family dia tengok. Aku rasa pelik jelah. Otw balik kwn aku ni ckp Amin suke kau hahahaha sekali dgn pakwe dia ckp mcmtu. Pakwe dia kata aku tahu Amin suke kau, aku pun lelaki so aku tahu hahaahha bantai semua gelak kenekan aku.
Masa otw balik jugak lepas karaoke jamban dah depan rumah aku. aku tengok si N punya status. 1 kete kecoh suruh aku sabar time tu. but time tu adik aku takde sebab dia balik naik motor. motor dia parking kat rumah kwn aku. dan aku redha dengan apa yang terjadi sebab aku dah doa dekat Allah supaya bagi aku jodoh yang terbaik. mungkin Allah dah tunjukkan dekat aku si N bukan jodoh aku. Sepanjang minggu tu aku mcm org tak betul pergi balik rumah kwn aku sebab nakkan nasihat dari kwn aku ni. Sebab time tu aku da tak dpt fikir dgn betul but aku chill jelah. Aku just tak dpt nak fikir patut aku bagi peluang or tak. Actually aku mmg nak bagi peluang because aku ckp kat diri aku why not? but kwn aku ni nasihat kan aku, pakwe dia pun ade sekali kat rumah dia tu sebab diorang punya hubungan dah direstui parents diorang so aku hanya tadah telinga, pakai otak fikir. kalau baik sangat pun tak guna. lagi dia gunakan aku nanti. si kwn aku ni sempat la gurau dengan aku takpe Amin kan ada hahahaha. Padahal mmg masa tu aku ws Amin pun. tapi masa tu aku rasa aku belum ceritakan apa yang terjadi kat aku. so bersambung....
No comments:
Post a Comment