Monday, December 22, 2014

Hidup baru Tahun baru

Assalamualaikum,
harini 22.12.14, lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. Alhamdulillah, gua dah selamat sampai kl. so dengan ini bermulalah hidup gua sebagai seorang pekerja. ni pekerjaan gua yang pertama. gua punya rezeki dekat sini, bukan dekat mana-mana kursus yang ditawarkan oleh Felda sebab gua bukan anak Felda. hahahaha. untung kawan gua yang anak or cucu orang felda. so sementara gua tunggu result keluar yang dijangka bulan 3 nanti. adalah lebih baik gua isi masa gua dengan cari sedikit pengalaman dan sedikit rezeki halal. gua syukur sangat sebab ayah gua kasi gua pergi. 2 hari sebelum gua ke kl, gua dapat spend time dengan keluarga gua. first time beb gua makan steamboat dengan keluarga gua. yelah gua bukannya orang kaya. ingat lagi kan? hahaha okay.. gua pernah  makan steamboat tu pun masa akak sedara gua belanja masa gua tido rumah dia dekat kl tu. dah bertahun-tahun dah gua tak makan. yelah masa tu gua kecik lagi. so gua tak tahu macam mana nak makan. semua tak tahu first step nak buat apa. last-last ayah gua tanya. yelah tak tanya sesat jalan, lagipun ayah gua ni suke bertanya dan tak malu bertanya. mesralah katakan hahahaha. tulah malam terakhir dapat happy-happy sesame.

"Ya Allah, terima kasih kerana mendengar doaku. Lindungilah aku di sini.. Aamiin..."

So tadi (isnin) mulalah hari bekerja gua, next time gua cite pengalaman gua sebagai seorang pengasuh kepada anak buah gua yang comel tu. Wasalam...

No comments: