Thursday, December 18, 2014

Shopping Online at ZALORA

Assalamualaikum.
gua first time beli baju dekat ZALORA beb. lu semua mesti kene serbu beb! tambah-tambah lagi yang si kaki shopping online yang gegurl tu kan kan. gua cakap dengan lu semua gua ni dah lama ada penyakit yang boleh di kategorikan dalam tahap yang merbahaya. lu orang caya tak? hahaha gua ada penyakit shopping online beb. ibu gualah pemangkin gua, gua tak boleh cakap ape dah. kadang-kadang rezeki jangan ditolak. ada depan mata tu amik je peluang tu. semua malu tolak tepi. kuikuikui. bukan apa, gua pernah ada pengalaman tolak rezeki dari ayah gua yang tengah masyuk. kononnya anak yang baik tak nak minta banyak takut menyusahkan. lu orang tau tak last-last gua melepas. abang-abang gua beli barang branded gila. kasut beratus, jam beratus, baju berhelai-helai, seluar beratus. boleh dikatakan satu set lengkaplah! lagi sorang tu abang gua 1K kot duit ayah gua habis dekat dia. adik gua lagi, ibu gua lagi. dan semestinyalah ayah gua pun nak beli barang-barang dia jugak kan? gua tak tau ayah gua habis berapa. tapi gua punya barang cuma RM180 je. sebab gua kan anak yang baik. gua cakap dengan lu orang lah kan. ayah gua bukan kerja besar. bawak teksi je beb. semua tu rezeki Allah beb. Rahsia ayah gua dapat rezeki tu melalui apa? lu orang rasa apa? nak tahu rahsia dia? gua perati ayah gua tak tinggal solat. sejak ibu gua ajar ayah gua dan ayah gua amalkan solat Dhuha. rezeki dia masyuk. Alhamdulillah beb. gua harap sangat gua jadi anak dia yang boleh balas balik jaga dia. lu orang bayangkanlah setiap hari dia balik tengah malam. keluar cari rezeki pepagi. ayah gua dia kalau janji dengan family gua dia tunaikan beb. penah sekali time birthday gua, ni cite benar. ayah gua dapat panggilan tepon dari customer dia. ayah gua kan pemandu teksi. maksudnya kerja sendiri lah kan. kereta tu pun milik ayah gua sepenuhnya. so dipendekkan cerita time tu rezeki datang menjemput time otw nak amik family gua atau otw balik rumah gua nak amik family gua keluar makan. ayah gua tunaikan janji dia beb. gua tahu pun sebab ayah gua cakap "ada orang call tadi nak sewa kereta." ibu gua balas "tulah dugaan abang, time dah nak balik je orang baru nak call. sabarlah." gua cakap lah gua terharu beb, gua bersyukur gua dapat ayah macam ayah gua.

Ya Allah, murahkanlah rezeki keluargaku. Aamiin...

so, ibu gua tengok muke gua sedih tak dapat macam adik beradik yang lain sampai beratus-ratus kan. sebenarnya bukan muke gua, gua ada tanya ibu gua bila turn gua pulak nak shopping. ibu gua ckp ayah gua dah stopkan duit dia utk perbelanjaan kitorang. so setakat RM180 jelah yang gua dapat. Alhamdulillah dari takde kan. gua cakap jujurlah, ayah gua mana penah beli baju mahal-mahal. raya mana ada beli baju. kalau ada pun bukan time rayalah. time dapat rezeki lebih time tu baru ayah gua beli. nak tau ayah gua beli baju dia dekat mana? dia beli dekat bundle je beb. betapa dia mementingkan anak-anak dia. ibu gua pun macam tulah. tapi ibu gua takde lah sampai beli dekat bundle.

Okay stop cerita pasal life hidup gua, gua nak cite apa yang ibu gua belanja gua je selepas ayah gua stopkan semua duitnya untuk shopping. gua baru dapat semalam, 17.12.14 rabu. punyalah happy tak terkata. yang boleh gua cakap gua happy jelah. kuikuikui. ibu gua belanja 3 helai baju.


P/S: gua saje edit muke orang tu kuikuikui.
korang cube tengok final total tu. baru 3 baju RM207. gila kan? haha tapi gua beli tak sampai RM200++
tapi belum masuk baju ibu gua lagi, ape fikir ibu gua belanja gua ibu gua tanak beli baju dia jugak ke? ibu gua beli lah 2 helai baju dia skali. so at last nak tahu harga dia berapa? seriously murah beb. ni memang serious murah. boleh lah tengok gamba bawah ni. ni gua tangkap pakai nset gua yang ketinggalan zaman. 2MP je beb. sorry lah. ingat tak? gua bukan orang senang beb.


beb, RM158 je gua cakap sama lu. masa tu ada diskaun. 12.12.14 memang diskaun hebat gila. dalam tak diam hang langsung tak boleh loading website dia tu. pergh! mmg menguji kesabaran betul beb. tapi gua beryukurlah ibu gua sabar je. tapi kejap je, dah lama tu fedup jugak lah kuikuikui. mana taknya, selalu cepat tetiba je lambat macam tiput tut an hehe, lepas pukul 1am camtu dah cepat balik, berbaloi lah gua dengan ibu gua bersabar sepanjang malam untuk dapat diskaun tu beb. ni lah kali pertama gua dengan ibu gua shopping online dekat ZALORA MALAYSIA. yelah gua bukan orang senang. sebab tu gua excited bila dapat bende macam ni. Falling in love. yang tak pernah shopping jom shopping cepat ^^v
Thanks ibu, love you..

No comments: